Saturday, May 21, 2011

PERSATUAN BELIA ( MBFM ) KLEDANG ungguli ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA : Hari Belia Negara 2011



PERSATUAN BELIA ( MBFM ) KLEDANG ungguli ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA : Hari Belia Negara 2011  : Transformasi bergantung kepada belia. 

Kejayaan pelan transformasi negara banyak bergantung kepada kemampuan golongan belia untuk bertindak sebagai pemangkin perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sehubungan itu, golongan belia diingatkan supaya berwaspada agar tidak dijadikan alat mencetus perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
"Bagi membolehkan pelan transformasi pembangunan yang dilaksana oleh kerajaan mencapai kejayaan, kita semua perlu memastikan semangat perpaduan terjalin dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, terutamanya golongan muda tidak mudah goyah atau dihancurkan pihak tidak bertanggungjawab.
"Justeru, kita semua perlu mempertahankan suasana hidup harmoni yang telah dinikmati sejak sekian lama ini dengan apa jua cara," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Hari Belia peringkat negeri di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Shou dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday.

Abdul Ghani berkata, dalam keberanian untuk melakukan perubahan, golongan belia perlu bijak menilai sesuatu perkara baru yang 'diperkenalkan' kepada mereka kerana kemungkinan ia mempunyai unsur yang boleh menggugat semangat perpaduan.

Pada majlis itu, Abdul Ghani turut menyampaikan anugerah kepada beberapa pemimpin serta pertubuhan belia di negeri ini yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang.
Johan pertubuhan belia dimenangi oleh Persatuan Belia Felda Kledang manakala naib johan diraih Persatuan Belia Sarang Buaya, Muar.

Anugerah Tokoh Belia Lelaki pula diberikan kepada Anuar Manap manakala Tokoh Belia Wanita diraih Lisa Ong Lee Siat.
Ismail Badar pula menerima anugerah kategori kepimpinan, Abdul Rizam Mohd. Akhir (Aktivis Sosial), Samsol Abu Sari (Keusahawanan), Hazree Yaacob (Usahawan Agro), Ismail Abdul Hamid (Inovasi dan Kreativiti) dan Majlis Belia India Malaysia (Badan Gabungan Terbaik).

Persatuan Belia Setia Sepinang, Segamat turut diberikan anugerah khas panel bagi menghargai kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan persatuan itu.



    persembahan Gendang Cina menyambut ketibaan YAB MENTERI BESAR JOHOR

BARISAN TETAMU KEHORMAT YANG HADIR. DARI KIRI : PEGAWAI DAERAH KLUANG, SPEKER DUN JOHOR, YAB MENTERI BESAR DAN YB EXCO BELIA DAN SUKAN.
    LEBIH 2,000 BELIA MEMENUHI RUANG DEWAN SULTAN IBRAHIM ISMAIL DI KLUANG SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR.

    PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR MENYAMPAIAK UCAPAN DAN MANDAT SEMPENA HARI BELIA NEGERI JOHOR.

    KEMERIAHAN ANUGERAH BELIA NEGARA DIRASAI DENGAN PENUH GEGARAN.

    ANTARA GIMIK PERASMIAN YANG DILAKUKAN DAN MENGGEMPARKAN DEWAN.

    ANAK FELDA DARI DAERAH KOTA TINGGI TURUT MENGUNGGULI ANUGERAH KATEGORI KEUSAHAWANAN : SYARIKAT SAMSOL TRANSPORT SDN. BHD.

SAUDARA ANUAR BIN MANAP, SELAKU PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR & MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA MENERIMA ANUGERAH TOKOH KEP[IMPINAN (LELAKI) ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR.

    DETIK KEMENANGAN : PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA KLEDANG MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI YAB MENTERI BESAR JOHOR.

    BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KEPIMPINAN MBF WILAYAH JOHOT BAHRU DAN MBD KOTA TINGGI.

   KEJAYAAN DIRAIH BERSAMA AHLI-AHLI PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA KLEDANG.

No comments:

Post a Comment