Sunday, May 22, 2011

IKTIRAF Wilayah Johor Bahru 2011 Janji SEJUTA Kelainan di Negeri JOHOR

IKTIRAF Wilayah Johor Bahru 2011 :
menuju ke Puncak



Karnival Iktiraf Wilayah Johor Bahru yang dijangkakan bakal dilaksanakan di Wilayah ini pada 7 - 9 Oktober 2011 dijangkakan bakal mencipta SEJUTA Kelainan daripada tahun yang lalu. Pengisian program turut akan ditambah mengikut citarasa golongan muda masa kini. Pada tahun yang lalu, pelaksanaan Karnival Iktiraf 2010 di Wilayah ini telah memberikan perubahan yang drastik apabila pelbagai aktiviti tambahan (selain dari program wajib) diantaranya mari mencuba 4X4 (pacuan 4 roda), Drift dari Rally Felda, Aerobikton dan banyak lagi.

Karnival Iktiraf di Wilayah ini akan menjadi medan penyatuan dan mendekatkan warga Felda di Wilayah Johor Bahru sama ada di bandar dan warganya yang masih mendiami tanah-tanah rancangan.
Program karnival kali ini akan menampilkan sifat massa dan berteraskan budaya ilmu yang akan memperkukuhkan kesepakatan warga Felda di Wilayah Johor Bahru.

Temubual Biro IT, Multimedia dan Media Baru MBF Wilayah Johor bahru bersama Setiausaha MBF Wilayah Johor Bahru, Faizal Lakimon berkata, "Setakat ini proses perangkaan dan perancagan berkenaan pengisian Karnival Iktiraf Wilayah Johor Bahru 2011 dalam peringkat akhir. Pengisian aktiviti dijangkakan akan bertambah dan diperluaskan kepada semua golongan sasar bukan sahaja Warga Belia, malah akan diberi tumpuan pada skop umur yang lain."

Beliau juga berkata, pengumuman lokasi juga akan dimaklumkan SECARA RASMI dalam masa terdekat oleh TN. Pengerusi MBF Wilayah Johor Bahru SELAIN dari pengumuman FACEBOOK Rasmi Karnival Iktiraf Wilayah ini.

Bercerita mengenai pengisian aktiviti Karnival Iktiraf 2010 pada tahun yang lalu, ramai pihak berpuas hati mengenai perancagan awal yang dilaksanakan oleh pihak penganjur mahupun EXCO MBFWJB. Pelbagai gimik bakal menanti pengunjung yang akan menghaidiri Karnival Iktiraf Wilayah ini dengan jangkaan jumlah kehadiran seramai 50,000 orang.























No comments:

Post a Comment