Profil


NAMA MAJLIS                  : MAJLIS BELIA FELDA WILAYAH JOHOR SELATAN
ALAMAT PERTUBUHAN  : NO. 8A, JALAN INDAH
                                             TAMAN MEDAN INDAH
                                             81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
NO. TELEFON / FAX         : 07-8821742
E-MAIL                               : mbfmjohorselatan@yahoo.com
FACE BOOK                       : http://www.facebook.com/mbf.wilayahjohorbahru
BLOG                                  : http://mbfwjb.blogspot.com/
NO. PENDAFTARAN         : PPBM 0004 – 5759/10
TARIKH DIDAFTARKAN  : 8 FEBRUARI 2010
TARIKH DITUBUHKAN     : 12 DISEMBER 1978.
KEGIATAN UTAMA           : BADAN PENYELARAS BELIA FELDA
JUMLAH CAWANGAN       : 42 PERSATUAN BELIA (42 BUAH FELDA)
BILANGAN AHLI               : 7,592 AHLI.
ZON                                    : 
SEPAKAT (13 Persatuan Belia MBFM) - Daerah Kota Tinggi
LAW (8 Persatuan Belia MBFM) - Daerah Kota Tinggi                                   
TENGGAROH (10 Persatuan Belia MBFM) - Daerah Mersing & Kota Tinggi
TAIB ANDAK (11 Persatuan Belia MBFM) - Daerah Kulaijaya, Johor bahru & KT.



SEJARAH MBF WILAYAH JOHOR BAHRU

Setelah FELDA diwujudkan pada 1 Julai, 1956, pelbagai pertubuhan belia wujud di dalam rancangan FELDA seperti Gerakan Belia 4B, MAYC, HYO, Gabungan Belia Felda dan lain-lain.

Majlis Belia FELDA Malaysia telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan di bawah AKTA ROS pada 12 Disember 1978 yang deribu pejabat di Felda Air Tawar 5 dengan nama asalnya MAJLIS BELIA FELDA WILAYAH SELATAN; JOHOR dan merupakan Majlis Belia Felda terawal dan tertua ditubuhkan daripada 11 Wilayah FELDA yang lain di MALAYSIA.

Pada April 1988 satu perjumpaan khas belia FELDA telah diadakan di Johor Bahru bagi membincangkan penubuhan Majlis Belia FELDA Kebangsaan telah diadakan. Urutan dari usaha itu satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai, 1988 di Asrama Semai Bakti, Kuala Lumpur.

MAJLIS BELIA FELDA WILAYAH JOHOR BAHRU secara rasminya telah didaftarkan dibawah AKTA ROY (Pertubuhan belia) pada tanggal 8 Februari 2010 dengan nama asal pendaftran penubuhan di ROY iaitu MAJLIS BELIA FELDA WILAYAH JOHOR SELATAN. Ia  di tubuhkan dan didaftarkan dengan hasrat untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda Wilayah Johor Bahru meliputi 4 buah Daerah iaitu Kota Tinggi, Mersing, Kulaijaya dan Johor Bahru (Daerah yang mempunyai penempatan FELDA). 

Motif nama Johor Selatan pada peringkat asalnya dalam pendaftaran ROY adalah kerana sinonim dengan sejarah penubuhan Majlis Belia Felda itu sendiri yang ditubuhkan dikawasan Johor Selatan.

Walaubagaimanapun, pada tanggal 20 Mei 2011, melalui mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2, Sidang perwakilan telah mempersetujui untuk menukar Nama pendaftaran Majlis ini kedapa Wilayah Johor bahru, selari dengan kehendak matlamat Pentadbiran Felda yang inginkan nama Pentadbiran Felda Wilayah selari dengan nama Pentadbiran MBF Wilayah.

Selain dari itu, penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaan untuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran WAWASAN 2020.

Majlis amat komited terhadap rancangan yang disebutkan di atas dan oleh itu kami akan Sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayan kami dalam bidang yang diceburi ini. Dengan berbekalkan kepada keyakinan yang tinggi dan diurus tadbir oleh mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sudah tentu akan menjadikan Majlis mampu bersaing dengan Majlis-Majlis lain yang sedia ada.



VISI

MBF Wilayah Johor Selatan menjadi pemacu dalam merealisasikan hasrat membagunkan Potensi Generasi Baru Felda khasnya dikawasan pentadbiran FELDA Wilayah Johor Bahru.

MISI

  • Melahirkan One Stop Centre Generasi Baru di Setiap Zon.
  • Menjadi keutamaan sebagai saluran dan wadah komunikasi generasi baru Felda.
  • Pemangkin dalam merealisasikan hasrat Perdana Menteri menjelmakan hasrat 5 teras pembangunan Felda.
  • Mewnggalas tanggung jawab mempertahan persekitaran yang harmoni dan sejahtera di dalam rancangan Felda.
  • Melahirkan Kepimpinan berteraskan semangat berbudaya, berilmu dan berketerampilan.

LOGO

    
WILAYAH JOHOR BAHRU

3 MANUSIA
3 manusia mengangkat tangan melambangkan semnagat kerjasama yang diterapkan dalam jatidiri beli FELDA dalam melaksanakan aktiviti belia dan kemasyarakatan di tanah rancangan FELDA.

MAJLIS BELIA FELDA
Perkataan Majlis Belia FELDA menyatakan tentang pertubuhan belia yang berjuang mendukung cita-cita Malaysia demi mengekalkan maruah dan memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.

WARNA PUTIH
Menzahirkan kesucian Agama Islam dalam perjuangan dan pembangaunan belia FELDA di rancangan.

WARNA JINGGA
Penggunaan warna jingga yang merupakan warna kebanggaan FELDA bagi menzahirkan semangat cinta kepada FELDA

PERISAI
Melambangkan semangat perpaduan diantara belia dan seluruh masyarakat bagi menjaga keselamatan dan kemakmuran tanah rancangan.

BUNGA PADI
Melambangkan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat FELDA khususnya Belia di tanah rancangan. 



SENARAI PERSATUAN BELIA (MBFM) YANG BERDAFTAR &  BERADA DIBAWAH NAUNGAN 
MBF WILAYAH JOHOR BAHRU :


ZON SEPAKAT :
Persatuan Belia (MBFM) Felda Adela
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tunggal
Persatuan Belia (MBFM) Felda Kledang
Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Mas
Persatuan Belia (MBFM) Felda Papan Timur
Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasak
Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 1
Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2
Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 3
Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 4
Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 5
Persatuan Belia (MBFM) Felda Semenchu
Persatuan Belia (MBFM) Felda Lok Heng Timur
Persatuan Belia (MBFM) Felda Lok Heng Barat

ZON LAW :
Persatuan Belia (MBFM) Felda Lok Heng Selatan
Persatuan Belia (MBFM) Felda Simpang Waha
Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Easter
Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Waha
Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Aping Timur
Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Aping Barat

ZON TAIB ANDAK :
Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Ramun
Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Sayong
Persatuan Belia (MBFM) Felda Linggiu
Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Tiram
Persatuan Belia (MBFM) Felda Inas
Persatuan Belia (MBFM) Felda Ulu Tebrau
Persatuan Belia (MBFM) Felda Taib Andak
Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasir Raja
Persatuan Belia (MBFM) Felda Pengeli Timur
Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Sibol

ZON TENGGAROH :
Persatuan Belia (MBFM) Felda Endau
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 1
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 2
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 3
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 4
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 5
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 6
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 7
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh Selatan 1
Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh Timur 1