Sunday, May 22, 2011

IKTIRAF Wilayah Johor Bahru 2011 Janji SEJUTA Kelainan di Negeri JOHOR

IKTIRAF Wilayah Johor Bahru 2011 :
menuju ke Puncak



Karnival Iktiraf Wilayah Johor Bahru yang dijangkakan bakal dilaksanakan di Wilayah ini pada 7 - 9 Oktober 2011 dijangkakan bakal mencipta SEJUTA Kelainan daripada tahun yang lalu. Pengisian program turut akan ditambah mengikut citarasa golongan muda masa kini. Pada tahun yang lalu, pelaksanaan Karnival Iktiraf 2010 di Wilayah ini telah memberikan perubahan yang drastik apabila pelbagai aktiviti tambahan (selain dari program wajib) diantaranya mari mencuba 4X4 (pacuan 4 roda), Drift dari Rally Felda, Aerobikton dan banyak lagi.

Karnival Iktiraf di Wilayah ini akan menjadi medan penyatuan dan mendekatkan warga Felda di Wilayah Johor Bahru sama ada di bandar dan warganya yang masih mendiami tanah-tanah rancangan.
Program karnival kali ini akan menampilkan sifat massa dan berteraskan budaya ilmu yang akan memperkukuhkan kesepakatan warga Felda di Wilayah Johor Bahru.

Temubual Biro IT, Multimedia dan Media Baru MBF Wilayah Johor bahru bersama Setiausaha MBF Wilayah Johor Bahru, Faizal Lakimon berkata, "Setakat ini proses perangkaan dan perancagan berkenaan pengisian Karnival Iktiraf Wilayah Johor Bahru 2011 dalam peringkat akhir. Pengisian aktiviti dijangkakan akan bertambah dan diperluaskan kepada semua golongan sasar bukan sahaja Warga Belia, malah akan diberi tumpuan pada skop umur yang lain."

Beliau juga berkata, pengumuman lokasi juga akan dimaklumkan SECARA RASMI dalam masa terdekat oleh TN. Pengerusi MBF Wilayah Johor Bahru SELAIN dari pengumuman FACEBOOK Rasmi Karnival Iktiraf Wilayah ini.

Bercerita mengenai pengisian aktiviti Karnival Iktiraf 2010 pada tahun yang lalu, ramai pihak berpuas hati mengenai perancagan awal yang dilaksanakan oleh pihak penganjur mahupun EXCO MBFWJB. Pelbagai gimik bakal menanti pengunjung yang akan menghaidiri Karnival Iktiraf Wilayah ini dengan jangkaan jumlah kehadiran seramai 50,000 orang.























Saturday, May 21, 2011

PERSATUAN BELIA ( MBFM ) KLEDANG ungguli ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA : Hari Belia Negara 2011



PERSATUAN BELIA ( MBFM ) KLEDANG ungguli ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA : Hari Belia Negara 2011  : Transformasi bergantung kepada belia. 

Kejayaan pelan transformasi negara banyak bergantung kepada kemampuan golongan belia untuk bertindak sebagai pemangkin perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sehubungan itu, golongan belia diingatkan supaya berwaspada agar tidak dijadikan alat mencetus perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
"Bagi membolehkan pelan transformasi pembangunan yang dilaksana oleh kerajaan mencapai kejayaan, kita semua perlu memastikan semangat perpaduan terjalin dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, terutamanya golongan muda tidak mudah goyah atau dihancurkan pihak tidak bertanggungjawab.
"Justeru, kita semua perlu mempertahankan suasana hidup harmoni yang telah dinikmati sejak sekian lama ini dengan apa jua cara," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Hari Belia peringkat negeri di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Shou dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday.

Abdul Ghani berkata, dalam keberanian untuk melakukan perubahan, golongan belia perlu bijak menilai sesuatu perkara baru yang 'diperkenalkan' kepada mereka kerana kemungkinan ia mempunyai unsur yang boleh menggugat semangat perpaduan.

Pada majlis itu, Abdul Ghani turut menyampaikan anugerah kepada beberapa pemimpin serta pertubuhan belia di negeri ini yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang.
Johan pertubuhan belia dimenangi oleh Persatuan Belia Felda Kledang manakala naib johan diraih Persatuan Belia Sarang Buaya, Muar.

Anugerah Tokoh Belia Lelaki pula diberikan kepada Anuar Manap manakala Tokoh Belia Wanita diraih Lisa Ong Lee Siat.
Ismail Badar pula menerima anugerah kategori kepimpinan, Abdul Rizam Mohd. Akhir (Aktivis Sosial), Samsol Abu Sari (Keusahawanan), Hazree Yaacob (Usahawan Agro), Ismail Abdul Hamid (Inovasi dan Kreativiti) dan Majlis Belia India Malaysia (Badan Gabungan Terbaik).

Persatuan Belia Setia Sepinang, Segamat turut diberikan anugerah khas panel bagi menghargai kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan persatuan itu.



    persembahan Gendang Cina menyambut ketibaan YAB MENTERI BESAR JOHOR

BARISAN TETAMU KEHORMAT YANG HADIR. DARI KIRI : PEGAWAI DAERAH KLUANG, SPEKER DUN JOHOR, YAB MENTERI BESAR DAN YB EXCO BELIA DAN SUKAN.
    LEBIH 2,000 BELIA MEMENUHI RUANG DEWAN SULTAN IBRAHIM ISMAIL DI KLUANG SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR.

    PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR MENYAMPAIAK UCAPAN DAN MANDAT SEMPENA HARI BELIA NEGERI JOHOR.

    KEMERIAHAN ANUGERAH BELIA NEGARA DIRASAI DENGAN PENUH GEGARAN.

    ANTARA GIMIK PERASMIAN YANG DILAKUKAN DAN MENGGEMPARKAN DEWAN.

    ANAK FELDA DARI DAERAH KOTA TINGGI TURUT MENGUNGGULI ANUGERAH KATEGORI KEUSAHAWANAN : SYARIKAT SAMSOL TRANSPORT SDN. BHD.

SAUDARA ANUAR BIN MANAP, SELAKU PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR & MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA MENERIMA ANUGERAH TOKOH KEP[IMPINAN (LELAKI) ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR.

    DETIK KEMENANGAN : PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA KLEDANG MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI YAB MENTERI BESAR JOHOR.

    BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KEPIMPINAN MBF WILAYAH JOHOT BAHRU DAN MBD KOTA TINGGI.

   KEJAYAAN DIRAIH BERSAMA AHLI-AHLI PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA KLEDANG.

Monday, May 16, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA : WARGA Belia MBF Wilayah Johor Bahru TIDAK akan KETINGGALAN...!!!!

Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Tarikh: 28/5/2011 (8.30Mlm – 11.00Mlm)
Simpang Empat berhadapan Menara KBS

Projek TRANSFORM MBFM : Jangan Ketinggalan HUJUNG MINGGU INI !!

Salam 1Belia 1Felda 1Malaysia.

Kepada,

Semua Pengerusi dan Setiausaha MBFM cawangan (Majlis Belia Felda Wilayah Johor Bahru).
Untuk makluman dan perhatian kepada saudara/saudari, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) bersama Jabatan Inovasi & Pembangunan Generasi Baru FELDA dengan kerjasama Majlis Belia Felda Wilayah JB akan menganjurkan ’Kursus Pengurusan Persatuan & Organisasi (Projek Transform) Peringkat Felda Wilayah JB 2011′ sebagaimana ketetapan berikut;

Tarikh : 20 - 22 mei 2011


Tempat : Felda Residence Tanjung Leman, Johor Darul Takzim.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat MBFM di talian 0137221882. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak saudara/saudari dalam perkara ini, MBFM  amatlah menghargainya dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.